1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik,  yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona.  (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata  keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3.  Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan  malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan  berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4.  Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya  pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi  mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5.  Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama  kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda  selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka  senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6.  “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling  selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan  makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua  hal perkara tentang Anda).
7.  Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda  apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka  mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa  gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8.  Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu  jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah  dia semakin terpesona).
9.  Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk  menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini  tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10.  Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda.  (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada  Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih  Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12.  Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia  tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan  paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita  kepada anda).
13. Sesekali,  lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki  dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka  pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan  padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16.  Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum  akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka  gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah  kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17.  Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan  pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah  dan susah melupakan dibanding wanita).
18.  Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal  ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda.  (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai  rasa ingin tahu).
19. Lelaki  tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap  belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda  melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan  Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21.  Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda  menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya  mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan  melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai.  Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22.  Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan  aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi  kekasihnya?).
23. Anda tidak  akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka  makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami  Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah  dipahami).
24. Lelaki benci gay!  (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak  habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan  terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka  yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28.  Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan  waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita  tentang diri Anda.
29. Jika  seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah  satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari  dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31.  Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan  melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat  Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38.  Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup  mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39.  Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam  matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40.  Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain.  (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42.  Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada  wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali  meleset.
43. Ketika lelaki  menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak  mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam  keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46.  Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak  mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan  keluarga).
47. Tinggi badan  mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka  cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48.  Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi  makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput  dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam  handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
No comments:
Post a Comment