1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka  dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar  menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka  mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 
2. MAIN KAYU TIGA
Bab  main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,  mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa  mempedulikan perasaan kekasihnya. 
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan  lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan  cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang  bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau  sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 
4. MENGONGKONG
Itu  tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri  kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau  nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya  pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula  sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka…  Macammana tu? 
5. EGO
Ini  merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan  lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki  menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa  mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai  kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.  Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. 
6. MENIPU
Masalah  yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang  tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang  mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya  mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah  berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki  kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat  berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama  kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. 
7. PERASAN
Aduhaiii…  lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,  berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku  merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada  pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini  yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,  kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka  mengutuk dari memuji… 
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah  juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya  tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa  mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan  mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan!  Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. 
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki  kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian  tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan  dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan  teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya?  Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi  cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat  semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan. 
10. CEMBURU BUTA
Orang  kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan  memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang  kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.  Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi,  ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana  seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta  sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang! 
11. MATA DUITAN
Jangan  tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki  spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan  yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah  perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula  yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan  lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah  kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni  selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau  keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan  kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.  Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan  segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau  teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii…  masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila  mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur  segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi  tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima  walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?  Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah  berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan  kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada  barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal  sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini  satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana  sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya  habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah  tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.  Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini  tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang  teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu  kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka  membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada  segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.  Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada  juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak  memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau  semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila  menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat  pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau  bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas  melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.  Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.  Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup  membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun  menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan  kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu  saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung  semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna  bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan  sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si  dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia  juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak  merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia  terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar  untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan  kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun  menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan  menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau  sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak  menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang  menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti  memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap  kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki  ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata  sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak  mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan  terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai  pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa  akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari  nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!  Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh!  Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!  Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.  Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati  dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana  wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda  rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah  semacho yang disangkakan, tak guna juga....
amacam..?? btOl kew..?? ahahaha =D
No comments:
Post a Comment