Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau  dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku  mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa  jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan  tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang  KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi  kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar  sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu  tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada  sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah  kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata  kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada  padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu  erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta  kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu  bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan   cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan  cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku  dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.
No comments:
Post a Comment