Jika kamu memancing ikan.... Setelah  ikan itu terlekat di  mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....  Janganlah sesekali  kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....  Karena ia akan  SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan  mungkin ia akan  MENDERITA selagi ia masih hidup.
 
Begitulah  juga .........   Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada  seseorang... Setelah ia  mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA  hatinya.... Janganlah sesekali  kamu meninggalkannya begitu saja....  Kerana dia akan TERLUKA oleh  kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat  MELUPAKAN segalanya selagi  dia mengingatmu.... 
 
Jika  kamu menadah air biarlah  berpada, jangan terlalu mengharap pada  takungannya dan janganlah  menganggap ia begitu teguh.... cukuplah  sekadar keperluanmu.... Apabila  sekali ia retak.... tentu sukar untuk  kamu menambalnya semula....  Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika  kamu cuba memperbaikinya mungkin  ia masih dapat dipergunakan lagi....
 
Begitu  juga jika kamu memiliki  seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah  kamu terlalu mengaguminya  dan janganlah kamu menganggapnya begitu  istimewa.... Anggaplah dia  manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan  KESILAPAN bukan mudah bagi  kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu  KECEWA dan meninggalkannya.   Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh  jadi hubungan kamu akan TERUS  hingga ke akhirnya.... 
 
Jika  kamu telah memiliki  sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk  dirimu. Mengenyangkan.  Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari  makanan yang lain..  Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu  akan basi dan kamu  tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. 
 
Begitu  juga jika kamu telah  bertemu dengan seorang insan..... yang pasti  membawa KEBAIKAN kepada  dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa  kamu berlengah, cuba  MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu  mengejar kesempurnaan. Kelak,  kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia  menjadi milik orang ain Kamu juga  yang akan MENYESAL....
 
random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)
No comments:
Post a Comment