SEBELUM BELAJAR 
1) Berdo’a.
2) Tarik nafas: 
Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.
3) Cara duduk: 
Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik
4) Tentukan tajuk: 
Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.
5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
6) Tentukan tempoh masa 
Berapa lama hendak membaca.
SEMASA BELAJAR
1) Tunjuk denagn jari: 
Seperti mengaji Al-Qur’an.
2) Fahamkan dan bayangkan 
Otak akan sentiasa aktif.
Contoh: membaca mengenai HAJI.
Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah.
Seolah-olah berbual dengan jemaah.
Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.
3) Selang-selikan dengan rehat: 
Setiap 30 minit berehat 5 minit.
JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.
.
Doa Memohon Pertambahan Ilmu
.
 
اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ
.
Maksudnya :
“  Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan,  dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah  ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon  perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.
.
Keterangan & Petua Beramal
Hati  yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia .  Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada  kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan  kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari  keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah  kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .
.
Menurut  Ibnul Jauzi , antara taktik yang dirancang oleh iblis ialah  menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil  dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat  yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam  bidang tersebut.
.
Sedangkan umat Islam tidak mendapat  apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar  mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan  dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun  hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara  yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya,  kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.
DARI KITAB 101 DOA DRP HADIS-HADIS SAHIH TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD
No comments:
Post a Comment